Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    3 maut akibat hujan lebat, banjir di Vietnam

    HANOI, 31 OKT – Tiga orang maut selepas hujan lebat selama berhari-hari di bahagian tengah dan utara Vietnam yang membanjiri kediaman dan jalan raya yang ditenggelami air, kata pihak berkuasa pengurusan bencana, hari ini.

    Akses kepada beberapa komuniti di wilayah tengah Ha Tinh telah terputus, manakala polis dan tentera telah dikerahkan untuk menyelamatkan orang ramai dari kawasan berisiko tinggi.

    Seorang wanita dan budak lelaki berusia 13 tahun ditemui mati di wilayah itu selepas dihanyutkan arus deras.

    Pencarian bagi seorang wanita berusia 29 tahun, juga di Ha Tinh, sedang dijalankan, kata jabatan kawalan banjir dan ribut dalam laporan terbaharunya.

    Beratus buah rumah, tanaman dan sebahagian lebuh raya negara dan kereta api yang menghubungkan utara dan selatan Vietnam turut ditenggelami air banjir.

    Di wilayah utara Cao Bang, yang bersempadan dengan China, seorang lelaki maut apabila sebatang pokok besar tumbang ke rumahnya semasa hujan lebat.

    Vietnam sering dilanda cuaca buruk pada musim hujan antara Jun dan November.

    Bencana alam termasuk banjir dan tanah runtuh telah menyebabkan 136 orang terkorban atau hilang di negara ini sejak awal tahun, menurut Pejabat Perangkaan Am.

    Lebih 21,000 rumah telah rosak, dengan lebih 140,000 hektar tanaman musnah.

    Para saintis telah memberi amaran kejadian cuaca ekstrem di seluruh dunia menjadi lebih teruk dan kerap disebabkan oleh perubahan iklim. – AFP

    Gambar menunjukkan rumah yang ditenggelami banjir di daerah Huong Khe, provinsi Ha Tinh pada 31 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...