Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Belanjawan 2024 buktikan keikhlasan terhadap Sarawak

    KUCHING, 31 OKT – Belanjawan 2024 memperlihatkan keikhlasan serta keprihatinan kerajaan Persekutuan untuk terus memberi perhatian terhadap Sarawak.

    Penganalisis Politik dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir berkata kesungguhan itu, jelas diperlihatkan dengan pemberian Khas Interim berjumlah RM300 juta, bagi memenuhi apa yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Beliau berkata pemberian Khas Interim diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, merupakan 19 kali ganda berbanding jumlah pernah diterima Sarawak sebanyak RM16 juta sebelum ini.

    Jeniri berkata secara keseluruhanya Belanjawan 2024 sangat inklusif, mengambil kira kehendak semua golongan masyarakat dan peruntukan tertinggi dalam sejarah, walaupun negara berdepan dengan beban hutang.

    Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Kognitif Universiti Malaysia Sarawak Dr Mohamad Hardyman Barawi berkata beliau lebih tertarik dengan pengumuman mengenai pendigitalan sektor awam, yang disifatkan mampu memberikan impak yang positif dari segi kecekapan serta tata kelola yang baik, dalam menyampaikan perkhidmatan awam.

    Beliau berkata sekiranya platform pengesahan identiti dapat dibangunkan secara berintegrasi dan mempunyai tahap sekuriti tinggi, ia akan menjimatkan masa serta sumber kerajaan, sekali gus meningkatkan kepercayaan rakyat.

    Manakala, Mohamad Hardyman berkata pelabur juga akan berasa yakin untuk terus melabur, jika menyaksikan Malaysia membangun dari pelbagai aspek yang seiring dengan perkembangan global. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...