Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 maut bot karam di Bangladesh

    DHAKA, 17 JULAI – Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 25 lagi hilang semalam, selepas sebuah bot karam di Sungai Buriganga di Bangladesh, kata pegawai.

    Bot yang membawa lebih 50 penumpang itu karam selepas berlanggar dengan
    tongkang yang sarat dengan muatan pasir, lapor agensi Anadolu.

    Pegawai Bomba dan Penyelamat, Abdul Malek Mollah berkata pasukannya telah menyelamatkan lapan orang, lima daripadanya selamat.

    Perlanggaran berlaku ketika bot itu, yang berlepas dari Terminal Sadarghat di Dhaka dalam perjalanan ke Terminal Telghat di Keraniganj. – Bernama

    Seorang kanak-kanak diselamatkan dari bot yang tenggelam di sungai Buriganga di Dhaka kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda