Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    3 maut dalam tembakan kampus

    WASHINGTON, 14 FEB – Seorang lelaki bersenjata yang membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan lima di kampus universiti Amerika Syarikat (AS) menembak dirinya sendiri semalam selepas pemburuan besar-besaran polis.

    Beribu-ribu pelajar di Michigan State University (MSU) diarah berlindung di tempat selamat selepas tembakan dilepaskan di bangunan kampus pada awal petang, menyebabkan dua orang maut.

    Lelaki bersenjata itu melarikan diri ke kesatuan pelajar, di mana dia membunuh seorang lagi, mencetuskan operasi besar polis ketika pegawai mengepung kampus seluas 5,000 ekar itu.

    Sejurus selepas tengah malam, polis mengesahkan suspek lelaki bersenjata itu telah menembak mati dirinya sendiri dalam jarak yang dekat.

    “Kami sedih untuk melaporkan bahawa terdapat tiga kematian yang disahkan,” kata Timbalan Ketua Polis Universiti, Chris Rozman kepada pemberita.

    “Ini adalah tambahan kepada lima mangsa yang cedera dan dihantar ke hospital.

    “Sebahagian daripada lima mangsa itu masih mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.”

    Rozman berkata ratusan pegawai dari beberapa agensi telah terbabit dalam operasi mencari lelaki bersenjata itu, menyiarkan gambar lelaki kulit hitam berjaket biru longgar dan memakai kasut merah. – AFP

    Kombinasi gambar daripada video serahan Universiti Michigan menunjukkan suspek yang dicari oleh pihak berkuasa berhubung insiden tembakan di universiti itu pada 13 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...