Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Yoo Ah In sah ambil ganja

    Pelakon Yoo Ah In disahkan terlibat dengan penggunaan dadah jenis ganja.

    Pihak polis memaklumkan perkara tersebut baru-baru ini selepas lima hari Yoo Ah In ditahan sejak pulang dari Amerika Syarikat pada 6 Februari lalu.

    Pada awalnya pelakon tersebut ditahan atas dakwaan penyalahgunaan dadah jenis propofol, namun hasil ujian air kencing mendapati dia juga mengambil ganja.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan, mereka memberitahu sudah bersedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.

    Sementara itu, pihak polis sebelum ini mencari dan membuat serbuan terhadap beberapa pusat kesihatan sekitar daerah Gangnam dan Yongsan.

    Tindakan tersebut dilakukan kerana beberapa premis berkenaan dipercayai membekalkan dadah jenis propofol secara haram kepada Yoo Ah In sejak tahun 2021.

    Berita penahanan Yoo Ah In sebelum ini membuatkan ramai peminat terkejut kerana dia cukup terkenal dengan imej lelaki baik dan tidak disangka menggunakan bahan terlarang.

    Selain itu, peminat juga bimbang kerana dadah jenis propofol sangat berbahaya dan pernah mengakibatkan kematian selebriti terkenal Michael Jackson. – Agensi

    Yoo Ah In dipercayai telah mengambil dadah sejak 2021. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...