Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 maut nahas helikopter di Switzerland

    VIENNA, 3 APRIL – Tiga maut dalam nahas helikopter di Switzerland pada Selasa, menurut polis.

    Polis berkata helikopter itu yang membawa enam orang, terhempas di tapak pendaratan gunung untuk bermain ski, kelmarin, lapor agensi berita Jerman (dpa). Selain juruterbang, seorang malim gunung dan empat pelanggannya turut menaiki helikopter B3.

    Dua daripada mangsa yang cedera dilaporkan berjaya menerima rawatan segera sebelum diterbangkan ke sebuah klinik. “Orang ketiga juga diselamatkan kemudian,” tambah polis.

    Kemalangan itu berlaku di gunung Petit Combin, yang mempunyai ketinggian 3,600 meter. Lembaga Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Switzerland telah melancarkan siasatan untuk menentukan punca kemalangan itu. – Bernama

    Helikopter penyelamat berdiri di tapak pendaratan gunung di puncak Petit Combin di Valais, Switzerland, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...