Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 syarikat dikompaun $1,500

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Tiga buah syarikat telah dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah $1,500 kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Bab 12(1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian Pindaan 2021 iaitu membuang sampah di tempat awam dan laluan awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB), di sini, kompaun berkenaan adalah hasil tindakan daripada Bahagian Penguatkuasaan JBBSB semasa Operasi Bersih 01/2024 yang diadakan pada 10 Januari lalu.

    Dalam kes-kes berkenaan, individu-individu dan syarikat-syarikat itu adalah dikehendaki menjelaskan kompaun masing-masing ke Bahagian Kewangan, Tingkat 3, Bangunan JBBSB, Jalan Perdana Menteri dalam tempoh masa tujuh hari.

    Jabatan itu mengingatkan mana-mana individu dan pemilik atau penyewa bangunan untuk sama-sama menjaga aspek keindahan, kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan Bandar Seri Begawan.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan perkongsian maklumat yang berkaitan boleh menyalurkannya terus ke Talian e-Darussalam 123, WhatsApp di talian 8333123 dan hotline Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JBBSB di talian 7291122.

    ATAS & BAWAH : Sampah yang dibuang di tempat awam. – GAMBAR SERAHAN JBBSB

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...