Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 atlet M’sia ke Tokyo

    KUALA LUMPUR, 2 JULAI – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan empat lagi atlet negara itu diketuai jaguh lompat tinggi Lee Hup Wei layak ke Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai ini.

    Selain Hup Wei, turut ke Tokyo perenang negara Welson Sim yang akan beraksi dalam acara 200m dan 400m gaya bebas lelaki manakala Phee Jinq En dalam acara 100m kuak dada wanita dan pelari pecut Azreen Nabila Alias (100m wanita) yang telah menempah tiket masing-masing ke temasya itu.

    Ini adalah penampilan ketiga Hup Wei di pentas Olimpik, diikuti yang kedua buat Welson dan Jinq En manakala Azreen pula bakal membuat penampilan sulung di gelanggang berprestij itu.

    Dengan kejayaan empat atlet negara dan semua kejohanan kelayakan sudah lengkap dan slot sudah diisi, MOM mengesahkan kontinjen Malaysia diwakili 30 atlet bakal beraksi dalam 10 sukan di temasya yang membuka tirau pada 23 Julai hingga 8 Ogos.

    Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan hari ini mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang cekal menempuhi situasi sukar dalam tempoh dua tahun terakhir demi melayakkan diri ke Sukan Olimpik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda