Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 ditahan atas dakwaan sindiket pemerdagangan anak damit

    RABAT, 1 FEB – Polis Maghribi telah menahan 30 orang yang disyaki terlibat dalam kumpulan pemerdagangan kanak-kanak yang menyasarkan anak damit baru lahir di bandar Fez di utara, lapor media kerajaan.

    Antara yang ditahan ialah 18 pengawal keselamatan, seorang doktor, dua jururawat, profesional kesihatan lain serta orang tengah, lapor agensi berita Maghribi MAP lewat Rabu, memetik sumber keselamatan.

    Mereka tidak menyatakan berapa ramai anak damit yang didakwa diperdagangkan.

    Sebilangan yang ditahan disyaki “sebagai orang tengah dalam penjualan anak damit yang baru lahir daripada ibu tunggal… kepada keluarga yang ingin mengambil anak terbiar itu”, menurut sumber itu.

    Yang lain ditangkap kerana didakwa mengambil wang daripada ‘pesakit dan keluarga mereka sebagai pertukaran untuk konsultasi, diagnosis..’ serta ‘mengeluarkan sijil perubatan dengan maklumat palsu’.

    Operasi yang dijalankan polis kehakiman Fez dengan penyelarasan agensi perisikan dalaman Maghribi juga merampas ‘ubat-ubatan dan sejumlah wang’ di rumah suspek. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda