Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    30 kenderaan berlanggar akibat kabus tebal

    IDAHO, 29 NOV – Kejadian kemalangan melibatkan kira-kira 30 buah kenderaan di sebuah lebuh raya di Idaho disebabkan oleh kabus tebal, menurut pihak polis.

    Kemalangan berlaku pada pagi Isnin lalu di Lebuh Raya Interstate 86, di kawasan berdekatan batu tanda 56, barat Pocatello, berhampiran Lapangan Terbang wilayah Pocatello. Pihak polis menyatakan kabus telah menyebabkan jarak pemandangan berkurang.

    “Disebabkan oleh kabus, kenderaan bergerak lambat secara mengejut,” kata Polis Negeri Idaho dalam satu kenyataan akhbar. “Kenderaan komersial dan peribadi bertembung membabitkan kira-kira 30 puluh buah kenderaan.”

    Seorang individu yang mengalami kecederaan ringan telah dibawa dengan menggunakan ambulans ke hospital. Beberapa orang yang lain dibawa dengan menggunakan kenderaan peribadi, kata pihak polis.

    Laluan di I-86 telah ditutup antara laluan keluar 56 dan 59 selama tujuh jam, membolehkan pasukan penolongan kecemasan dan trak tunda membantu mereka yang terlibat dan seterusnya mengosongkan tempat kejadian.

    “Kemalangan yang melibatkan banyak kenderaan merupakan sesuatu yang jarang berlaku, tetapi apabila kita memandu dalam keadaan musim sejuk di Idaho, kita perlu bersedia untuk menghadapi kabus, hujan salji, dan semua keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan,” kata Leftenan Michael Winans. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...