Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    India buka siasatan rancangan bunuh pemimpin pemisah

    NEW DELHI, 29 NOV – India telah membuka siasatan peringkat tinggi selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) membangkitkan kebimbangan dengan New Delhi bahawa kerajaannya mungkin mengetahui tentang rancangan untuk membunuh seorang pemimpin pemisah Sikh di bumi AS, kata seorang pegawai India hari ini.

    Pihak AS berkongsi beberapa maklumat dan India “mengambil serius kerana ia menjejaskan kepentingan keselamatan negara kita dan jabatan berkaitan sudah pun meneliti isu itu,” kata jurucakap Kementerian Luar, Arindam Bagchi.

    Kerajaan AS berkata ia telah membangkitkan isu itu dengan New Delhi tetapi enggan mengulas tentang bila atau bagaimana pegawai AS menyedari rancangan untuk membunuh Gurpatwant Singh Pannun, yang dianggap sebagai pengganas oleh kerajaan India, serta bagaimana dakwaan pembunuhan itu. Pada September, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, terdapat dakwaan yang boleh dipercayai bahawa kerajaan India mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan aktivis Sikh Hardeep Singh Nijjar di negara itu.

    India menolak tuduhan itu sebagai tidak masuk akal, tetapi Kanada mengusir seorang diplomat terkemuka India dan India bertindak balas dengan langkah yang sama.

    Pannun telah menjadi penganjur utama dalam apa yang dipanggil sebagai referendum Khalistan, mengajak penganut Sikh di seluruh dunia untuk mengundi sama ada negeri Punjab di India harus menjadi negara merdeka berdasarkan agama.

    Penganjur kepada referendum yang tidak terikat itu berharap dapat membentangkan keputusan kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam masa kira-kira dua tahun. – AP

    India telah mengadakan siasatan peringkat tinggi selepas pihak berkuasa AS membangkitkan kebimbangan dengan New Delhi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...