Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    30 kes demam campak dikesan di Penampang

    KOTA KINABALU, 8 FEB – Sebanyak 30 kes measles atau demam campak telah dikesan di daerah Penampang sehingga Minggu Epidermiologi (ME) ke-5 tahun ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

    Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan 100 peratus berbanding ME yang sama tahun lepas yang tiada kes measles dilaporkan dalam tempoh tersebut.

    Katanya data demografi kes itu menunjukkan 87 peratus kes melibatkan individu warganegara Malaysia, dengan julat umur kes tertinggi adalah yang berumur 18 tahun ke atas iaitu 67 peratus.

    “Sebanyak 17 peratus kes dilaporkan pernah menerima sekurang-kurangnya satu dos imunisasi terhadap measles, 27 peratus tidak menerima imunisasi, 53 peratus pula tidak diketahui status imunisasi measles mereka.

    “JKN Sabah melalui Pejabat Kesihatan Penampang telah menjalankan pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan bagi menangani penularan jangkitan measles dalam kalangan masyarakat di daerah Penampang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Dr Asits berkata antara kawalan utama yang telah dilaksanakan adalah siasatan epidemiologi yang menyeluruh, siasatan makmal, siasatan persekitaran, aktiviti promosi kesihatan dan suplementary Immunization Actitivity (SIA) dalam lingkungan 1 kilometer radius lokaliti kes measles.

    Beliau berkata sehingga ME ke-5 tahun ini SIA bersasar telah dijalankan di 16 lokaliti kes, yang 366 kanak-kanak telah diberi vaksinasi dan daripada jumlah tersebut 231 kanak-kanak merupakan warganegara Malaysia manakala 135 bukan warganegara.

    Katanya pencapaian imunisasi measles sehingga 31 Januari tahun ini di daerah Penampang adalah pada kadar 95 peratus iaitu mencapai sasaran Kementerian Kesihatan.

    “Bagaimanapun masih terdapat kesukaran di dalam mengenal pasti status vaksinasi sebahagian penduduk terutamanya warga asing kerana sering berpindah-randah,” katanya. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...