Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Harga belian padi di Sabah, Sarawak ditetapkan

    SIMANGGANG, 8 FEB – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menetapkan harga lantai belian padi di Sabah dan Sarawak mulai 15 Februari depan kepada RM1,300 per tan metrik.
     
    Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penetapan itu, untuk meningkatkan pengeluaran beras negara dan menyeragamkan harga lantai belian padi di kedua-dua buah negeri itu dengan Semenanjung.
     
    “Pada masa ini, harga belian padi di Sabah dan Sarawak agak rendah, iaitu sekitar RM900 hingga RM1,100. Penetapan ini mampu membantu menambah pendapatan pesawah sekali gus menggalakkan pesawah untuk meningkatkan pengeluaran padi,” katanya.
     
    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sempena lawatan ke Jelapang Padi Batang Lupar di Dewan Nangkai Stumbin di sini, hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Pengerusi Sri Aman Development Agency (SADA) Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
     
    Mohamad berkata untuk jangka panjang, kerajaan perlu memperkukuhkan sekuriti makanan negara, iaitu memberi tumpuan kepada peluasan kawasan tanaman padi di Sabah dan Sarawak dengan memperluaskan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan ke seluruh negara dan perluasan lagi kawasan jelapang padi baharu.
     
    “Program SMART SBB di Sarawak telah dilaksanakan secara rintis di bawah seliaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar, dengan usahasama strategik Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan Syarikat Advansia (Sarawak) Sdn Bhd, membabitkan kawasan seluas 72 hektar di Tanjung Bijat, Sri Aman bermula luar musim tahun 2021. – Bernama
    Datuk Seri Mohamad Sabu (kiri) dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup pada Program Lawatan Kerja Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Jelapang Padi Batang Lupar kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...