Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    300 hadiri Taklimat Kenegaraan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Jabatan Penerangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Seramai 300 orang penuntut menghadiri Taklimat Kenegaraan bagi Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) dan Pusat Tingkatan Enam yang berlangsung di IBTE Kampus Nakhoda Ragam, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan, di sini, taklimat yang dikendalikan oleh Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri itu turut dihadiri oleh Pengetua, Awang Armi Durani bin Haji Durham dan para tenaga pengajar kampus berkenaan.

    Taklimat bertajuk ‘Peranan dan Tanggungjawab sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam’ itu disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Dayang Zurairah binti Haji Lisa.

    Taklimat itu antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah, masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

    Program itu bermatlamat untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat yang disampaikan.

    Dayang Zurairah semasa menyampaikan taklimat mengenai peranan dan dan tanggungjawab rakyat kepada negara.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda