Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    300 keping poster diagihkan sempena HUT ABDB ke-61

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Sebagai usaha memberigakan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-61, majlis penyerahan poster sambutan telah diadakan di Dewan Wira Seni, Bangunan Pencaragam ABDB, Bolkiah Garison, hari ini.

    Pada majlis itu, sebanyak 300 keping poster terbitan Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan telah diagih-agihkan kepada pegawai-pegawai perhubungan awam, wakil dari kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan, unit-unit ABDB dan Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam (PBKNBD).

    Pengagihannya disempurnakan oleh Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin selaku pengerusi Jawatankuasa Sambutan HUT ABDB ke-61.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin menjelaskan bahawa tema sambutan HUT ABDB ke-61, ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’ adalah selaras dengan tema Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

    “​Tema ini selaras dengan tugas dan tanggungjawab ABDB, sebagai institusi keselamatan dan keamanan negara yang semakin multi-functional sepertimana juga yang telah terbukti daripada krisis pandemik COVID-19,” jelasnya.

    Beliau juga mengongsikan bahawa ABDB akan terus memberikan tumpuan kepada pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation agar dapat sama-sama menyumbang dan memastikan kestabilan, keamanan dan kesejahteraan negara akan berkekalan dinikmati dan disyukuri.

    “Dalam merealisasikan aspirasi ini, ABDB akan terus memperkembangkan serta mempertingkatkan kapasiti dan kemampuan warganya, melalui peningkatan kemahiran profesionalisme yang lebih berkualiti sekali gus memartabatkan kewibawaan ABDB sebagai sebuah angkatan tentera yang dihormati dan rakan kerja yang mantap, untuk sebuah negara yang selamat,” ujarnya.

    Beliau juga berkata bahawa ​ABDB akan terus mempersiapkan diri dari semua aspek pertahanan lebih-lebih lagi dalam mempertingkatkan hubungan diplomasi pertahanan walaupun berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan seluruh aspek kehidupan dan memaksa negara mengadaptasi norma baharu agar ia sentiasa relevan seiring dengan wawasan negara.

    Pengagihan poster-poster tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai sambutan berkenaan di mana upacara perbarisan raksasa hari kemuncak sambutan akan diadakan secara tertutup pada 31 Mei depan di Pangkalan Tentera Laut Muara.

    Orang ramai masih berpeluang untuk menyaksikan upacara tersebut secara langsung melalui saluran televisyen Radio Televisyen Brunei (RTB) atau menerusi aplikasi RTB Go.

    Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin semasa menyempurnakan penyerahan poster sambutan HUT ABDB ke-61 pada majlis tersebut.
    Antara wakil dari kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan semasa menerima agihan poster tersebut daripada Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...