Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    32 kes tempatan, 9 lagi import COVID-19

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Sebanyak 41 kes baharu jangkitan COVID-19 telah disahkan di Negara Brunei Darussalam hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes kepada 16,293 orang.

    Daripada jumlah tersebut, 32 daripadanya adalah kes tempatan manakala sembilan lagi merupakan kes import.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, hari ini, jumlah kes baharu berkenaan adalah hasil daripada 1,963 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 2.1 peratus.

    Dalam kalangan kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada kes dalam kategori 5 (memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di unit rawatan rapi) manakala satu kes dalam kategori 4 (memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi).

    Sebanyak 55 kes telah disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 15,842 dengan 349 kes aktif.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 7.9 peratus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda