Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    344 bakal graduan UBD khatam Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Seramai 344 orang penuntut, 72 lelaki dan 272 perempuan, Universiti Brunei Darussalam (UBD) khususnya yang beragama Islam, diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Majlis Konvokesyen UBD ke-34 yang berlangsung di Masjid Universiti, UBD, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; dekan-dekan, para pengarah, pensyarah dan pegawai-pegawai UBD.

    Majlis ini merupakan acara tahunan untuk bakal graduan UBD yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa-mahasiswi UBD.

    Di samping sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan para bakal graduan 2022, majlis berkenaan merupakan kemuncak Program Quranic Journey yang telah dikelolakan oleh Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat bagi pelajar tahun akhir yang telah diadakan bermula Disember 2021.

    Program berkenaan juga merupakan wahana UBD untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang celik Al-Quran serta bagi merealisasikan hasrat pembentukan Generasi Al-Quran dan Negara Zikir.

    Di samping itu, ia juga akan dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi UBD yang berketerampilan dan mendukung usaha universiti mencapai matlamat ke arah kesempurnaan insan Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuhaa hingga Surah Al-Masad beramai-ramai yang diketuai oleh salah seorang peserta khatam dan diselajurkan dengan bacaan takhtim, dan Doa Khatam
    Al-Quran.

    Acara disusuli dengan penyampaian bunga telur dan sijil kepada para pembimbing dan peserta khatam Al-Quran oleh tetamu kehormat majlis dengan iringan laungan Dikir Marhaban oleh kelab dikir, nasyid dan tausyeh UBD Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis khatam Al-Quran tersebut.
    Antara bakal graduan yang diraikan pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda