Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 kes baharu, 6 sembuh

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan empat kes baharu jangkitan COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 15,474 orang.

    Daripada jumlah kes baharu tersebut, tiga adalah kes tempatan dan satu lagi adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Kenyataan menjelaskan, jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 2,475 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah 0.2 peratus.

    Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam kategori 4 (memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi) dan satu kes masih dalam kategori 5 yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan bantuan mesin tambahan heart-lung machine (ECMO) di unit rawatan intensif.

    Enam kes pula telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes sembuh kepada 15,278 kes manakala itu sebanyak 96 kes aktif.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 2.5 peratus.

    Pagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan pula, setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.5 peratus dan 93.3 pula telah menerima dua dos vaksin manakala itu 21.2 peratus telah menerima tiga dos.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda