Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    4 maut, 2 cedera nahas letupan periuk api Kemboja

    PHNOM PENH, 21 APRIL – Empat orang penduduk kampung terbunuh dan dua lagi cedera dalam letupan periuk api di wilayah Mondulkiri, Kemboja kelmarin, kata seorang ketua pembersihan periuk api.

    Heng Ratana, ketua pengarah Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja (CMAC) berkata, periuk api tinggalan perang berkenaan meletup pada lewat petang kelmarin, kira-kira 10km dari kampung Sre Y di pekan Sen Monorom.

    “Menurut maklumat awal, empat orang disahkan meninggal dunia dan dua lagi cedera dalam letupan itu,” tulis Ratana di media sosial.

    Tambahnya, terdapat kanak-kanak dalam kalangan mangsa.

    Bulan lalu, seorang budak lelaki berusia lapan tahun terbunuh dan dua adik perempuannya juga cedera parah dalam letupan periuk api di wilayah Oddar Meanchey di Kemboja.

    Kemboja adalah salah satu negara paling menderita akibat periuk api dan peluru yang tidak meletup (UXO) akibat daripada tiga dekad peperangan dan konflik dalaman dari pertengahan 1960-an hingga 1998. Dianggarkan empat hingga enam juta periuk api dan peluru lain yang telah ditinggalkan.

    Anggaran lebih empat juta tan bom udara dan 27 juta bom berkelompok berada di kira-kira 115,273 lokasi di seluruh Kemboja oleh lebih 500,000 misi pengeboman Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1965 dan 1973, menurut catatan media sosial Ratana pada 27 Februari lalu.

    Dari 1979 hingga 2023, letupan periuk api dan UXO telah meragut 19,822 nyawa dan mencederakan 45,215 yang lain di Kemboja, menurut laporan rasmi. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...