Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Ekonomi maju kumpul AS$11B tingkat kapasiti pinjaman Bank Dunia

    WASHINGTON, 21 APRIL – Sekumpulan negara ekonomi maju telah menjanjikan AS$11 bilion dalam komitmen pembiayaan baharu untuk meningkatkan kapasiti pinjaman Bank Dunia sehingga AS$70 bilion dalam tempoh 10 tahun, menurut pengumuman pemberi pinjaman pembangunan itu, baru-baru ini.

    Sebanyak 11 negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun akan memberikan dana itu kepada tiga instrumen pinjaman yang direka bagi meningkatkan kapasiti dan membolehkan Bank Dunia mengambil ‘lebih banyak risiko untuk cabaran global yang dikongsi bersama’, kata bank itu dalam satu kenyataan.

    Dengan memanfaatkan sumber yang dijanjikan, bank sepatutnya dapat menyediakan sehingga AS$70 bilion pinjaman baharu dalam tempoh 10 tahun.

    “Kami berusaha keras untuk memba-ngunkan instrumen kewangan baharu ini yang meningkatkan kapasiti pinjaman kami, melipatgandakan dana penderma, dan akhirnya membolehkan kami meningkatkan kehidupan lebih ramai orang,” kata presiden Bank Dunia, Ajay Banga dalam satu kenyataan.

    Beliau menambah bahawa komitmen baharu itu adalah ‘pengesahan terhadap kemajuan yang telah kami buat untuk memperbaharui bank, dan tanda komitmen bersama mereka terhadap pembangunan di peringkat global’.

    Bank itu sebelum ini menganggarkan bahawa negara-negara membangun akan memerlukan purata AS$2.4 trilion setiap tahun antara sekarang dan 2030 untuk menangani ‘cabaran global seperti perubahan iklim, konflik, dan pandemik’. – AFP

    Ajay Banga semasa ditemui di ibu pejabat Bank Dunia di Washington pada 18 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...