Friday, October 18, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut, 28 cedera dalam tembakan parti hari jadi remaja

    WASHINGTON, 17 APRIL – Kira-kira empat orang terbunuh dan lebih 20 yang lain cedera, kebanyakannya remaja, dalam kejadian tembakan malam Sabtu semasa majlis hari jadi di Alabama.

    Pegawai mengatakan ia menjadi insiden baharu dalam gelombang keganasan senjata api beramai-ramai di Amerika.

    Laporan berita tempatan menyatakan bahawa tembakan itu berlaku semasa majlis ulang tahun Sweet 16 di sebuah studio tarian di Dadeville, sebuah bandar kecil di timur laut ibu negeri Montgomery.

    “Empat nyawa terkorban secara tragis dalam kejadian ini, dan terdapat banyak kecederaan,” kata jurucakap Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama (ALEA) Sarjan Jeremy Burkett, kepada pemberita kelmarin.

    Beliau kemudian menyatakan bahawa 28 orang telah cedera, sebahagian daripadanya dalam keadaan kritikal, dan menggesa penduduk untuk memberikan sebarang maklumat yang berkaitan dengan serangan itu.

    Tetapi Burkett tidak memberikan butiran lanjut mengenai bagaimana penembakan berlaku atau sebab-sebab di sebaliknya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda