Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 pasukan mara separuh akhir Kejohanan Futsal HPA

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Kejohanan Futsal sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) terus berlangsung dengan penuh debaran, menuju ke kemuncak apabila empat pasukan bagi kategori Terbuka dan Veteran telah mengesahkan tempat di peringkat separuh akhir.

    Mereka kini hanya selangkah lagi untuk merebut Piala Juara Futsal HPA edisi 2024, yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

    Pada peringkat separuh akhir bagi Kategori Terbuka, pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) akan berhadapan dengan pasukan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

    Manakala pasukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menguji kekuatan pasukan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Sementara itu, bagi Kategori Veteran, pasukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan berdepan dengan pasukan KHEDN.

    Sementara Kementerian Kesihatan bakal bertemu juara bertahan, Kementerian Pertahanan.

    Perlawanan suku akhir semalam menyaksikan aksi mendebarkan apabila juara bertahan Kategori Terbuka, Kementerian Pembangunan tersingkir setelah dikejutkan oleh pasukan KHEU dengan kemenangan tipis 1-0.

    Bagaimanapun, juara bertahan Kategori Veteran, MINDEF, berjaya mara ke separuh akhir setelah mengharungi cabaran sengit menerusi sepakan penalti menentang pasukan KHEU.

    Antara aksi para pemain dalam kejohanan tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda