Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 pekerja diselamatkan selepas lombong runtuh di Turkiye

    ISTANBUL, 26 FEB – Empat pekerja diselamatkan selepas terperangkap apabila lombong runtuh di timur Turkiye, kata pegawai hari ini, dua minggu selepas tanah runtuh di wilayah yang sama menimbus sembilan orang.

    Runtuhan berlaku sekitar 0700 GMT di sebuah lombong milik persendirian di daerah Palu di Elazig, menurut kementerian tenaga di media sosial.

    “Seorang pekerja cedera dan yang lain dalam keadaan sihat,” tambahnya.

    Ia berkata siasatan telah dilancarkan untuk menentukan punca kemalangan itu.

    Tanah runtuh besar menimbus sembilan pekerja di lombong emas di daerah Ilic berhampiran Erzincan pada 13 Februari. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda