Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    4 sampel rambut bekas presiden dihantar ke angkasa lepas

    WASHINGTON, 20 FEB – George Washington, John F. Kennedy, Dwight D. Eisenhower dan Ronald Reagan akan membuat perjalanan menarik ke angkasa lepas.

    Sudah tentu bukan diri mereka yang sebenar, mahupun bekas presiden AS yang sudah lama mati, tetapi hanya sampel rambut mereka.

    Celestis, sebuah syarikat yang berpangkalan di Texas yang khusus dalam pengebumian angkasa lepas, mengumumkan rancangan itu hari ini, yang disambut sebagai Hari Presiden di Amerika Syarikat.

    Celestis berkata ia akan melancarkan ‘apa yang kami percaya sebagai DNA tulen’ bekas presiden ke angkasa lepas menggunakan roket United Launch Alliance (ULA) penghujung tahun ini.

    Turut dibawa dalam penerbangan itu – digelar ‘Enterprise’ – akan menjadi sebahagian daripada lebihan abu mayat pencipta Star Trek Gene Roddenberry dan pelakon lain dari siri televisyen 1960an.

    USS Enterprise adalah kapal luar biasa dalam rancangan sains fiksyen yang misinya adalah untuk ‘pergi dengan berani ke mana tiada orang pernah pergi sebelum ini’.

    Celestis berkata empat sampel rambut bekas presiden itu dihadiahkan oleh penderma tanpa nama dan disertakan dengan sijil ketulenan.

    Ia mengatakan rambut berkenaan berasal daripada koleksi Louis Mushro, ‘pengumpul dan penilai rambut selebriti’ dari Michigan yang meninggal dunia pada 2014.

    “Sampel rambut itu ditempatkan di kemudahan terkawal iklim selama beberapa tahun sebagai persediaan untuk misi ini,” kata Celestis dalam satu kenyataan.

    “Dengan menambahkan DNA ikon Amerika ini kepada Enterprise, kami mewujudkan pelopor untuk misi manusia masa hadapan, dan menambah rekod sejarah penerokaan manusia di angkasa lepas,” kata pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Celestis. Charles Chafer. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...