Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    56 ikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Seramai 56 orang warga Sekolah Ugama Kampung Menengah, Lamunin telah mendengarkan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi E, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBP, taklimat tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga sekolah di samping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran.

    Turut hadir mengikuti taklimat ialah Guru Besar Sekolah Ugama Kampung Menengah.

    Latihan pengosongan bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.

    JBP turut menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Life Saver 995 dan Kursus Marsyal Bomba bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan.

    Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

    Gambar ramai semasa taklimat di Sekolah Ugama Kampung Menengah, Lamunin, baru-baru ini.
    Anggota JBP semasa menyampaikan taklimat kepada warga sekolah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...