Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    401 mangsa sindiket diselamatkan

    KUALA LUMPUR, 15 FEB – Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima sejumlah 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, setakat Isnin lepas (13 Februari).

    KLN berkata daripada jumlah laporan yang didapati melalui Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di Bangkok (Thailand), Phnom Penh (Kemboja), Vientiane (Laos) dan Yangon (Myanmar) itu, seramai 401 orang telah berjaya diselamatkan, dengan 377 orang telah dihantar pulang.

    “Baki seramai 24 orang yang lain sedang ditahan di depoh tahanan sementara menunggu proses pengusiran pulang, manakala 163 orang lagi masih sedang dikesan,” menurut KLN dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen di sini.

    Ia sebagai menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang antara lain mahu kementerian menyatakan mengapa tindakan tidak diambil untuk membantu menyelamatkan warga Malaysia yang ditipu dan diculik oleh sindiket scam pekerjaan di Kemboja dan mengapa Special Task Force tidak ditubuhkan untuk berunding de-ngan pihak Kemboja.

    KLN turut memaklumkan Task Force yang diketuai oleh KLN dan melibatkan agensi-agensi berkaitan telah pun ditubuhkan bagi menangani isu ini secara bersepadu dan menyeluruh. – Bernama

    Gambar fail. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda