Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    42 bersihkan pantai

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 12 FEB – Sebanyak 51 beg berisi botol plastik dan sampah telah dikumpulkan dalam kempen pembersihan pantai yang diadakan pada petang 10 Februari lalu.

    Dianjurkan oleh Sepakat Energy Services Sdn Bhd (SES), dan rakan perniagaan Presserv AS, dan Deepwater Corrosion Services Inc sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, kempen itu diketuai oleh Pengarah Urusan SES, Dzairenny Muslim yang disertai oleh Pengarah Eksekutif, Liana Radzak.

    Kempen yang disertai oleh 42 orang kakitangan itu bermula di salah sebuah kediaman kakitangan yang terletak di W9, Jalan Maulana, dan bergerak ke arah tepi pantai untuk mengutip sampah.

    Pengurus projek berkenaan, Dave Watt ketika ditemui menjelaskan bahawa kempen itu mewakili inisiatif tahunan untuk kumpulan usaha sama di bawah tema Teamwork makes the Dream work.

    “Selain membersihkan pantai yang memastikan semua orang dapat menghargai keindahan alam sekitar, kempen pembersihan juga berfungsi sebagai latihan membina pasukan untuk membantu mengukuhkan lagi kerjasama semua kakitangan yang mengambil bahagian dalam usaha kami mencapai matlamat memastikan kebersihan persekitaran kita terpelihara,” ujarnya.

    Setelah mengutip sampah, jawatankuasa yang mengambil bahagian dan kakitangan juga dapat meneruskan aktiviti di salah sebuah kediaman kakitangan yang terletak berhampiran dengan menyampaikan pelbagai hadiah bagi meraikan pencapaian yang dicapai oleh syarikat sepanjang tahun lalu.

    Gambar ramai peserta yang mengikuti kempen pembersihan pantai.
    Peserta mengutip sampah pada kempen kebersihan itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...