Tuesday, February 4, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    44 sertai kempen derma darah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Seramai 44 orang terdiri daripada pegawai dan ahli pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berserta ahli keluarga Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah menderma darah dalam kempen di Stadium Hassanal Bolkiah Polis Gadong, Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin.

    Kempen anjuran bersama Badan Tertinggi Kebajikan PEKERTI dan kakitangan Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan itu bertemakan Satu Pain Boleh Menyelamatkan Tiga Nyawa.

    Kempen dihasratkan untuk mewujudkan rasa kasih sayang serta menanamkan sifat beramal jariah dengan membantu menambahkan simpanan tabung darah negara.

    Ia merupakan salah satu aktiviti kebajikan yang bermanfaat yang mana bagi setiap unit darah, Insya-Allah akan dapat menyelamatkan tiga nyawa pesakit.

    Antara kakitangan yang mengambil bahagian dalam kempen derma darah baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda