Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    443 rumah PPR di Penampang siap untuk diduduki

    PENAMPANG, 19 JAN – Empat blok perumahan yang mempunyai 443 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina di Kibabaig di sini, siap untuk didiami dalam usaha kerajaan memberikan perumahan sempurna untuk rakyat di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri ll, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

    Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata rumah berkenaan dijangka mula didiami bulan depan dan Mac ini selepas rakyat yang layak, menerima surat tawaran untuk menyewa.

    Beliau berkata dua lagi blok dengan 134 unit rumah PPR yang dibina di tempat sama masih dalam proses pembaikan melibatkan blok dan cerun.

    “Diharap semua enam blok PPR itu dapat didiami dalam masa terdekat dan semua proses berjalan lancar. Majlis Daerah Penampang sedang meneliti ribuan permohonan dan pemohon yang layak akan dipilih untuk menyewa rumah PPR itu.

    “Hal ini menunjukkan masih ramai dalam kalangan rakyat yang memerlukan perumahan seperti ini dan kerajaan negeri sedang mengenal pasti lot-lot tanah kerajaan yang sesuai dibina PPR mengikut dasar kerajaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari
    ini.

    Dr Joachim berkata melalui dasar kerajaan Persekutuan, tanah sesuai perlu tersedia dan peruntukan hanya disalurkan untuk membina bangunan itu bagi mengelak berlaku sebarang ‘projek sakit’ yang seterusnya merugikan rakyat. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...