Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Uniqlo saman Shein tiru beg ‘Mary Poppins’

    TOKYO, 19 JAN – Uniqlo Co. telah menyaman peruncit saingannya, Shein berhubung beg bahu kecil yang dikatakan peruncit Jepun sebagai salinan produk popularnya yang bermutu rendah yang lebih dikenali sebagai ‘beg Mary Poppins.’

    Tindakan mahkamah itu menuntut Shein berhenti menjual produknya yang dikatakan Uniqlo kelihatan terlalu mirip dengan beg bahu mini bulatnya.

    Beg Uniqlo dipuji di TikTok dan media sosial lain sebagai mempunyai ruang besar tetapi juga ringan dan padat.

    Nama gelaran Mary Poppins merujuk kepada muzikal 1964 yang dibintangi oleh Julie Andrews di mana seorang pengasuh menarik apa sahaja dari beg permaidani ajaibnya, termasuk penyangkut topi.

    Shein, yang diasaskan di China tetapi kini berpangkalan di Singapura, berkata ia sedang meneliti dakwaan itu.

    “Shein menghormati hak harta intelek orang lain dan mengambil semua tuntutan pelanggaran dengan serius,” kata syarikat itu dalam e-mel semalam.

    Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Daerah Tokyo pada 28 Disember oleh Fast Retailing Co. yang berpangkalan di Tokyo, yang mengendalikan kedai Uniqlo.

    Uniqlo berkata ia menuntut ganti rugi kira-kira 160 juta yen (AS$1.1 juta) dalam tuntutannya yang menyasarkan tiga syarikat yang mengendalikan Shein, Roadget Business Pte, Fashion Choice Pte dan Shein Japan Co.

    Uniqlo berkata produk Shein adalah pelanggaran hak cipta terhadap kualiti rendah yang menjejaskan keyakinan pelanggan terhadap jenama Uniqlo. – AP

    Gambar serahan Uniqlo menunjukkan beg bahu mini bulat dalam pelbagai warna. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...