Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    45 pegawai UNN sertai taklimat kebakaran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Seramai 45 orang pegawai syarikat UNN telah menyertai Taklimat Keselamatan Kebakaran yang diadakan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), bertempat di Bangunan UNN, ibu negara, hari ini.

    Taklimat tersebut diadakan untuk meningkat kesedaran mengenai bahaya kebakaran di samping memupuk rasa tanggungjawab dan prihatin tentang aspek keselamatan kebakaran.

    Turut serta menghadiri taklimat tersebut ialah pegawai-pegawai Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), UNN. JBP dalam kenyataannya menjelaskan bahawa latihan pengosongan bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan prosedur yang efektif dan bersistematik.

    Di kesempatan itu, JBP mengumumkan mereka juga ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Marsyal Bomba bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan.

    Jika berlaku sebarang kecemasan, orang ramai boleh hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

    Antara pegawai UNN yang menghadiri taklimat yang dianjurkan JBP di Bangunan UNN, ibu negara, kelmarin. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda