Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    46 kompaun berjaya dikeluarkan dalam Ops Sepadu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Sebanyak 46 kompaun berjumlah $38,000 keseluruhannya telah dikeluarkan ke atas 24 buah syarikat dan 22 individu di seluruh negara dalam Ops Sepadu Bersih Senegara, baru-baru ini.

    Operasi tersebut dijalankan pada 13 hingga 16 Mei di beberapa kawasan di Daerah Brunei dan Muara oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

    Ia juga dilaksanakan secara serentak oleh beberapa agensi penguatkuasaan dari Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Bandaran Tutong dan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Daerah Belait dan Jabatan Daerah Temburong di daerah dan kawasan di bawah kawalan masing-masing.

    Operasi bersepadu senegara berkenaan adalah sebagai inisiatif pendekatan seluruh negara yang telah dan akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi menguatkuasakan undang-undang berkaitan kebersihan persekitaran tempat awam di negara ini.

    Sehubungan itu, pemilik-pemilik syarikat dan individu dinasihatkan agar tidak mengambil ringan kesalahan-kesalahan yang telah dikenakan tindakan dan diarahkan untuk menjelaskan denda kompaun dengan segera serta membersihkan kawasan yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah dan menyalahi undang-undang.

    Jika gagal berbuat demikian, kes di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Pindaan 2021) berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah yang boleh membawa hukuman tidak melebihi $3,000 bagi individu manakala untuk syarikat tidak melebihi $30,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Agensi-agensi penguatkuasaan semasa menjalankan operasi tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...