Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majlis Doa Selamat iringi duyufurrahman

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi 19 orang bakal-bakal jemaah haji kementerian berkenaan yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani.

    Turut hadir, pemangku setiausaha-setiausaha tetap, pengarah urusan Brunei Darussalam Central Bank, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan kementerian tersebut serta jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan acara kemudiannya diteruskan dengan satu ceramah khas bertajuk Lambaian Haji yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin.

    Majlis berkenaan turut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kementerian itu dan telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Majlis keagamaan seumpama itu merupakan aktiviti tahunan kementerian berkenaan bagi meraikan pegawai dan kakitangan yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

    Di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan kementerian tersebut serta jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis pada tahun ini telah dikendalikan oleh Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan.

    Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina semasa menyampaikan sumbangan kepada penerima. – GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...