Tuesday, April 29, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    463 terima pingat kehormatan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan pingat-pingat kehormatan Negara Brunei Darussalam pada majlis pengurniaan bagi hari pertama kepada seramai 463 orang penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) dan Pingat Pahlawan Periwara (PP) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-78 Tahun.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berkenan mengurniakan pingat-pingat berkenaan selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada majlis yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman, pagi tadi.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Pengurniaan pingat berkenaan telah didahului dengan PJK yang dikurniakan dan diterima oleh 13 orang penerima yang terdiri daripada tiga penerima dari Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan 10 orang penerima dari Kementerian Pertahanan.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan mengurniakan PIKB kepada 449 orang penerima yang terdiri daripada 33 penerima dari Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan; 145 penerima dari JPM; 29 penerima dari Kementerian Pertahanan; 70 penerima dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi; 11 penerima dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; 127 penerima dari Kementerian Hal Ehwal Ugama; 18 penerima dari Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan 16 penerima dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

    Sementara itu, seorang penerima dari Kementerian Pertahanan dianugerahkan PP.

    Istiadat pengurniaan pingat turut diberkati dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Majlis turut dihadiri oleh pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli majlis mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi, duta-duta besar, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan, penghulu-penghulu mukim serta ketua-ketua kampung.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat ke majlis tersebut. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan pingat kepada salah seorang penerima. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara penerima pingat bergambar ramai pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda