Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    48 tamat kursus advokasi

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Seramai 48 orang pengamal undang-undang syariah telah menamatkan Kursus Asas Advokasi Syariah dan diraikan pada majlis penutup yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Besar dan Mahkamah Syariah di ibu negara, baru-baru ini.

    Pada majlis itu, Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar mengingatkan para pengamal undang-undang tentang tugas mereka dalam undang-undang dan advokasi. 

    Yang Berhormat Pehin turut menzahirkan harapan agar kursus berkenaan membawa pengamal undang-undang ke tahap amalan yang lebih tinggi dan menegakkan integriti sepanjang proses mahkamah, baik dalam bidang kuasa syariah dan sivil.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Keselamatan), Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu dan pegawai-pegawai lain dari kementerian dan Mahkamah Syariah, serta peguam syariah dari firma swasta.

    Kursus dua hari yang diadakan pada 3 dan 5 Ogos itu memfokuskan kepada peningkatan kemahiran profesional dalam advokasi yang dikendalikan oleh ahli profesional daripada pendaftar Mahkamah Syariah, pendakwa syarie dan peguam syariah.

    Moderator melatih peserta dalam perkara praktikal berhubung kes-kes yang melibatkan kewangan dan jenayah di bawah Mahkamah Syariah.

    Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Keselamatan) bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

     

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...