Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    48 terima Lencana Keahlian

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Seramai 48 orang ahli Pasukan Pengakap Udara 1001 Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) telah menerima Lencana Keahlian Pengakap Sedunia pada majlis yang diadakan di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Lencana Keahlian Pengakap Sedunia yang dianugerahkan berkenaan merupakan salah satu lencana atau ujian yang perlu diikuti oleh ahli-ahli pengakap baharu.

    Semua kehendak yang diperlukan dalam ujian berkenaan terkandung dalam buku Dasar Pertubuhan dan Aturan (POR) PPNBD.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penganugerahan lencana berkenaan ialah Pengetua SM SMJA, Haji Juma’ata Sonadey bin Haji Mornie.

    Turut hadir ialah timbalan-timbalan pengetua, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara (Bahagian Pengakap Muda dan Pengakap Remaja), Awang Zakaria bin Mohd Nor, guru-guru pengawas, pemimpin-pemimpin pengakap dan ahli-ahli pengakap sekolah berkenaan.

    Sebelum dianugerahkan Lencana Keahlian Pengakap Sedunia, seseorang ahli pengakap perlu lulus dalam ujian-ujian kecekapan dan kemahiran secara bertulis, praktikal juga lisan seperti persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap; tabik hormat pengakap; peraturan pakaian seragam pengakap; sejarah pengakap Brunei Darussalam dan sejarah pengasas pengakap, Lord Baden Powell serta beberapa simpulan dan ikatan juga kemahiran-kemahiran asas yang lain. Pasukan Pengakap Udara 1001 SM SMJA mula bergiat semula pada 2001 dan merupakan pasukan pengakap udara sekolah menengah pertama di Daerah Brunei dan Muara. Pasukan berkenaan kini mempunyai seramai 48 orang ahli serta dua orang guru pengawas.

    Ahli-ahli pengakap bergambar ramai bersama Haji Juma’ata Sonadey.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda