Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    488 jalani pengasingan, kes jangkitan kekal terkawal

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Negara Brunei Darussalam terus bebas jangkitan COVID-19 dengan tiada kes baharu dicatatkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal seramai 141 orang.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya, hari ini, turut memaklumkan bahawa seramai 488 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 3,811 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 236 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 41,148 ujian.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda