Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    5.26 hektar kawasan ladang kelapa sawit di Jasin terbakar

    JASIN, 23 OKT – Kawasan ladang tanaman kelapa sawit seluas 5.26 hektar daripada 20.23 hektar di Ladang Lembah Merlimau di sini, terbakar sejak semalam.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehingga 10:30 pagi, 4.86 hektar atau 90 peratus daripada kawasan ladang yang terbakar berjaya dipadamkan.

    JBPM Melaka memaklumkan menerima panggilan pada 4:03 petang semalam sebelum dua jentera dan sebuah pacuan empat roda dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin bergegas ke lokasi kejadian.

    “Dua jentera melibatkan kekuatan 12 anggota daripada dua BBP berkenaan tiba di lokasi kejadian kira-kira sembilan minit kemudian, bagi memadamkan kebakaran dalam kawasan ladang kelapa sawit itu. Sehingga pagi ini, operasi memadam kebakaran masih diteruskan dan 90 peratus daripada kawasan yang terbakar berjaya dipadamkan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...