Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tanzania, Dubai meterai perjanjian pelabuhan

    DAR ES SALAAM, 23 OKT – Syarikat gergasi logistik Dubai, DP World menandatangani tiga kontrak semalam dengan kerajaan Tanzania untuk mengendalikan sebahagian daripada pelabuhan Dar es Salaam selama 30 tahun di bawah perjanjian kontroversi meliputi semua pelabuhan negara itu.

    Kontrak baharu itu memberikan pengurusan eksklusif DP World bagi empat daripada 12 limbungan bandar itu dan empat lagi dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelabuhan Tanzania (TPA).

    Kontrak itu akan disemak setiap lima tahun, kata Ketua Pengarah TPA, Plasduce Mbossa.
    Penandatanganan susulan perjanjian antara kerajaan yang dimeterai Oktober lalu oleh Presiden Samia Suluhu Hassan membuka jalan kepada DP World untuk menguruskan semua pelabuhan di Tanzania dalam rundingan bersama kerajaan.

    Ia telah disahkan oleh parlimen pada bulan Jun, sekali gus mencetuskan bantahan.

    Pengkritik perjanjian itu berkata ia menimbulkan ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan Tanzania, tetapi kerajaan berkata ia akan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan.

    Ketua Pegawai Eksekutif DP World, Sultan Ahmed bin Sulayem berkata langkah itu akan membolehkan syarikat itu ‘menaik taraf pelabuhan Dar es Salaam menjadi kemudahan bertaraf dunia, membina hab logistik yang lebih besar untuk Tanzania.’

    Firma kawalan kerajaan Dubai itu telah berjanji untuk melabur AS$250 juta dalam tempoh lima tahun akan datang di pelabuhan itu, salah satu yang terbesar di benua Afrika. – AFP

    Gambar fail menunjukkan kren memunggah kontena di Terminal 2 Pelabuhan Jebel Ali di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...