Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah mengumumkan lima orang pemenang bertuah cabutan suku tahunan bagi kempen Promosi Pembiayaan 12 Bulan yang memfokuskan kepada produk pembiayaan Perbadanan TAIB.
Para pemenang ialah Dayang Noorliza binti Rosli, Awang Muhd Kamalruddin bin Abdullah Kadai, Dayang Marduwana binti Haji Ibrahim, Dayang Jamilah binti Haji Tuah, dan Awang Yuspadilah bin Lipang yang masing-masing menerima $1,000 setiap seorang sebagai sebahagian daripada cabutan bulanan ketiga. Hadiah kemenangan dikreditkan ke dalam akaun simpanan.
Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.
Pemenang yang terpilih tersebut terdiri daripada pelanggan yang memohon produk pembiayaan dengan jumlah minimum yang diluluskan serta tempoh minimum enam
tahun.
Kempen yang terbuka kepada orang ramai tersebut berjalan selama 12 bulan bermula awal Mac lalu hingga akhir
Februari 2023 di mana lima pemenang bertuah akan diumumkan setiap suku tahun dan penyampaian hadiah utama akan berlangsung pada bulan terakhir kempen.
Sementara itu, para pemenang suku tahunan berkenaan juga akan layak untuk cabutan
utama.