Wednesday, April 2, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 cedera dalam kebakaran rumah jagaan

    HANOVER, 30 MAC – Kebakaran tercetus di sebuah rumah jagaan di Hanover, Jerman mengakibatkan kira-kira 50 orang cedera, lapor Xinhua memetik kenyataan polis, kelmarin.

    Menurut akhbar Jerman, Bild, tiga individu cedera parah dalam kejadian itu.

    Kebakaran dikesan oleh kakitangan rumah jagaan di satu dari bilik pusat penjagaan itu.

    Pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke bilik lain, namun beberapa bahagian bangunan mengalami kerosakan akibat asap tebal.

    Siasatan mengenai punca kebakaran masih dijalankan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda