Wednesday, December 25, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 mulakan Program Sivik Mahasiswa/Mahasiswi 2022

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Seramai 50 orang mahasiswa dan mahasiswi menyertai Program Sivik Mahasiswa/Mahasiswi kali Pertama bagi 2022 yang berlangsung selama empat hari, bermula hari ini dengan sesi-sesi taklimat yang berlangsung di Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

    Para peserta program anjuran Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik itu terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi penerima biasiswa di bawah Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

    Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah dalam ucapan alu-aluannya pada majlis pembukaan menjelaskan, program itu bertujuan untuk memberikan kefahaman dan maklumat terkini mengenai inisiatif-inisiatif murni kerajaan di samping memupuk dan menanamkan semangat kenegaraan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi selaku belia negara.

    Ia juga dihasratkan dapat menjadi salah satu landasan ke arah melengkapkan para peserta untuk meningkatkan daya saing dan mampu menghadapi cabaran yang pelbagai terutamanya dalam zaman digital ini, tambah beliau.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sepanjang program tersebut, para peserta akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut keperluan masa dan diadakan dalam bentuk taklimat, lawatan ke beberapa institusi kerajaan dan sektor swasta.

    Dayang Siti Bismi semasa menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan program tersebut.
    Antara yang menyertai program empat hari berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda