Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    500 rumah setinggan haram di tanah MUIS dirobohkan

    LABUAN, 23 NOV – Selepas lebih tiga dekad diduduki secara haram, lebih 500 rumah setinggan di Kampung Gersik di sini dirobohkan bermula hari ini, selepas notis enam bulan dikemukakan kepada penduduk untuk mengosongkan tanah milik Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) itu berakhir semalam.

    Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) MUIS Putera Aliff Al’Ain Jasni berkata rumah di kawasan seluas 4.946 hektar dan 9.025 hektar itu didirikan oleh beribu-ribu penduduk secara haram.

    “Operasi hari ini menyasarkan sekurang-kurangnya 45 struktur (dirobohkan) dan akan dihentikan sementara pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi menilai kecekapan operasi, kerjasama dan reaksi daripada penduduk kemudian kita akan ke fasa operasi seterusnya minggu depan.

    “Ada penduduk yang merayu untuk diberi masa memindahkan barang-barang mereka sebelum rumah dirobohkan,” katanya kepada Bernama di tapak operasi hari ini.

    Putera Aliff Al’Ain berkata operasi perobohan itu melibatkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang memotong bekalan elektrik di perumahan setinggan itu dan dipantau oleh anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Perbadanan Labuan.

    “Operasi ini melibatkan tiga zon iaitu zon tiga akan menjadi tumpuan awal, kita perlu membersihkan struktur haram di zon tiga supaya dapat membawa masuk jengkaut untuk operasi ini,” katanya.

    Tinjauan mendapati papan iklan telah dipasang di tapak itu yang menunjukkan kawasan berkenaan akan dibangunkan untuk projek perumahan. – Bernama

    Seorang kanak-kanak penghuni setinggan melalui kawasan struktur rumah yang dirobohkan susulan pelaksanaan Ops Pengusiran dan Roboh Penempatan Tidak Sah di kawasan milik MUIS berhampiran Saguking dan Gersik. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...