Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    KDNK Q2 menurun 3.1 peratus

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara Brunei Darussalam, pada harga semasa suku kedua (Q2) 2023 mencatatkan pertumbuhan yang negatif iaitu sebanyak 3.1 peratus bagi Q2 2023.

    Ini adalah disebabkan oleh sektor minyak dan gas yang telah mencatatkan penurunan sebanyak 10.7 peratus kerana penurunan pengeluaran minyak mentah, gas asli dan gas asli cecair (LNG).

    Jumlah KDNK Negara Brunei Darussalam pada harga semasa pada Q2 2023 adalah sebanyak $4.8 bilion berbanding $6.4 bilion pada Q2 2022.

    Bagi Q2 2023, sektor bukan minyak dan gas menunjukkan perkembangan yang positif, mencatatkan pertumbuhan yang positif sebanyak 4.3 peratus.

    Ia adalah disumbangkan oleh peningkatan subsektor-subsektor seperti pengangkutan udara 131.9 peratus dan kewangan sebanyak 79.9 peratus, diikuti oleh lain-lain pembuatan sebanyak 34.2 peratus.

    Gambar Freepik

    Sumbangan utama KDNK mengikut aktiviti ekonomi adalah sektor industri yang menyumbang sebanyak 62.7 peratus, diikuti oleh sektor perkhidmatan 35.9 peratus dan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan 1.4 peratus.

    Mengikut pendekatan perbelanjaan, penurunan pertumbuhan KDNK pada Q2 2023 adalah didorong oleh penurunan eksport barangan dan perkhidmatan sebanyak 2.1 peratus khususnya eksport barangan bahan api galian.

    Ia diikuti oleh penurunan perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan sebanyak 4.4 peratus. Walau bagaimanapun, perbelanjaan penggunaan akhir isi rumah dan pembentukan modal kasar telah mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak 16.3 peratus dan 19 peratus.

    KDNK adalah ukuran bagi jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu setelah ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran.

    Laporan penuh KDNK Q2 2023 boleh didapati di laman sesawang JPES melalui deps.mofe.gov.bn

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...