Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan Sinotrans
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Sebagai usaha memupuk kesedaran tentang menyelamatkan lautan daripada pencemaran plastik dan sisa pelupusan, seramai 55 orang yang terdiri daripada wakil Sinotrans bersama-sama syarikat korporat jemputan, Muara Port Company, Archipelago Logistic Sdn Bhd dan HLDS Sdn Bhd telah bekerjasama melaksanakan Kempen Kebersihan Pantai di Taman Rekreasi Pantai Muara baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang diterima, setiap tahun bertan-tan sampah berada di laut akibat pembuangan sampah sembarangan yang mana 60 peratus daripada sisa tersebut adalah plastik.
Plastik sangat berbahaya kepada hidupan marin kerana ia membunuh lebih daripada sejuta burung dan lebih 100,000 anjing laut, penyu, ikan paus dan ikan di lautan.