Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    57 maut dalam rusuhan antikerajaan

    MOGADISHU, 12 FEB – Sekurang-kurangnya 57 orang disahkan maut dalam beberapa hari pertempuran antara pejuang antikerajaan dan pasukan keselamatan Somaliland di bandar Las-Anod yang dipertikai, selepas pemimpin tempatan berkata mereka mahu menyertai semula kerajaan persekutuan Somalia, menurut seorang doktor.

    Ketua Pengarah sebuah hospital awam di Las-Anod, Abdimajid Hussein Sugulle, berkata kepada The Associated Press, lebih 400 orang cedera dalam pertempuran hampir seminggu itu.

    Pihak berkuasa di Somaliland, wilayah yang berpisah dari Somalia tiga dekad lalu dan mencari pengiktirafan sebagai negara merdeka, mengumumkan gencatan senjata unilateral pada malam Jumaat lalu.

    Tetapi, penduduk berkata pertempuran berterusan di dalam dan sekitar bandar timur itu. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...