Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    58 unit alat sukatan dan timbangan didaftarkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Sebanyak 58 unit alat sukatan dan timbangan telah didaftarkan dan satu Notis Peringatan dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan di Tamu Kianggeh, Pasar Gadong dan Pasar Tani Satenaga Kampung Selayun.

    Notis berkenaan dikeluarkan kerana gagal mematuhi Peraturan-peraturan (Penelitian) Alat-alat Sukatan dan Timbangan 1994 disebabkan penggunaan alat sukatan dan timbangan yang telah mansuh pendaftaran

    Pemilik alat berkenaan dikehendaki memperbetulkan isu itu dan hadir ke Pejabat Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja dari tarikh notis dikeluarkan.

    Dapatan berkenaan adalah hasil daripada usaha proaktif Unit SDT, Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam menguatkuasakan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151 dengan mengadakan perkhidmatan pengujian mudah alih dan lawatan pemeriksaan tidak berjadual di beberapa buah pasar dan tamu di Daerah Brunei dan Muara dan Tutong pada Januari dan awal Februari.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SDT, di sini, individu-individu atau perniagaan yang ingin mendaftarkan alat sukatan dan timbangan boleh mendaftar alat-alat berkenaan di Pejabat Unit SDT mengikut tadahan tempat tinggal mereka.

    Para penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan di Pasar Gadong. – Gambar serahan SDT

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...