Thursday, February 27, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 anak damit meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza

    DEIR AL-BALAH, 26 FEB – Sekurang-kurangnya enam anak damit telah meninggal dunia akibat hipotermia dalam tempoh dua minggu terakhir di Semenanjung Gaza, di mana ratusan ribu orang terpaksa hidup dalam khemah dan bangunan yang rosak, akibat perang semasa gencatan senjata, kata pegawai perubatan Palestin kelmarin.

    Wilayah pantai itu mengalami musim sejuk yang sejuk dan basah, dengan suhu turun di bawah 10 darjah Celsius pada waktu malam serta ribut melanda dari Laut Mediterranean. Beberapa hari kebelakangan ini adalah amat sejuk.

    Yusuf al-Shinbari terjaga di dalam khemah keluarganya sejurus selepas tengah malam kelmarin, dan mendapati anak perempuannya yang berusia dua bulan, Sham, sejuk apabila disentuh. Dia tidak dapat merasakan degupan jantung.

    “Semalam, saya bermain dengannya,” katanya. “Saya gembira bersamanya. Dia seorang anak yang cantik, seperti bulan.” – AP

    Anak damit Palestin berusia dua bulan, Eila Sarsak menerima rawatan dalam inkubator di Hospital Rakan Pesakit di Bandar Gaza, pada 25 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda