Monday, January 27, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut, lebih 100 cedera puting beliung badai Myanmar

    YANGON, 23 APRIL – Enam maut manakala 109 lagi cedera apabila puting beliung kuat membadai tengah Myanmar, semalam, lapor Xinhua yang memetik pihak berkuasa tempatan.

    Insiden berlaku di perkampungan di pekan Lewe, Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw, jam 6:45 petang waktu tempatan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Myanmar.

    “Enam terkorban di tempat kejadian, manakala 109 lagi mengalami kecederaan akibat angin kencang.

    “Seramai 16 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal,” kata pegawai polis tempatan kepada Xinhua, hari ini, sambil memaklumkan tiada lagi kematian dilaporkan setakat pagi tadi.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Thailand berkata, mangsa yang cedera dirawat di hospital di Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw. Operasi menyelamat masih diteruskan.

    Katanya, mangsa terkorban membabitkan dua lelaki dan empat perempuan. Puting beliung juga menyebabkan lebih 200 kediaman rosak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda