Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    6 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Enam warga asing telah ditahan dan dibawa ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) atas pelbagai kesalahan semasa Operasi Tumpas dijalankan di Mukim Kilanas, kelmarin.

    Menurut kenyataan JIPK, dalam Operasi Tumpas JIPK 24/2022, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU) JIPK telah berjaya menahan pekerja warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15 (2) Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja tidak dengan majikan asal dan pekerja asing yang disenaraikan kategori pekerja lari daripada majikan (PLDM).

    Operasi berkenaan menyasarkan dua buah projek pembinaan rumah di Mukim Kilanas.

    Hasil pemeriksaan yang dibuat, enam orang warganegara asing telah ditahan dan dibawa ke BPU JIPK atas beberapa kesalahan di bawah Peraturan 15 (2) Imigresen Penggal 17 iaitu tiga warga asing yang bekerja tidak dengan majikan asal dan tiga pekerja warga asing yang disenaraikan kategori PLDM. Kesemua warga asing berkenaan ditahan dan dibawa ke BPU JIPK untuk disiasat di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17.

    Kesalahan melanggar syarat-syarat pas imigresen boleh didenda kompaun sebanyak $600.

    Tindakan seterusnya, pas kerja dibatalkan dan diusir dari negara ini. Nama-nama mereka boleh disenaraihitamkan untuk tidak dibenarkan lagi bekerja di Negara Brunei Darussalam.
    Manakala majikan yang mengambil, mengaji pesalah imigresen boleh dikenakan denda sebanyak $3,000 bagi setiap seorang pesalah imigresen.

    Ketua pegawai imigresen kanan, BPU JIPK menyarankan bahawa JIPK akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di negara ini dengan melaksanakan secara berterusan pemantauan, operasi dan pemeriksaan berpandukan kepada maklumat yang ada sama ada secara bersendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

    JIPK mengingatkan kepada orang ramai bahawa JIPK akan sentiasa menjalankan operasi, menangkap, menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang yang menyalahi undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

    Di samping itu, ia juga bagi menguatkuasakan Perintah Pencegahan Penyeludupan Orang 2019 dan Perintah Antipemerdagangan Orang 2019 serta apa jua kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan di Negara Brunei Darussalam.

    Pekerja-pekerja warga asing yang telah ditahan semasa Operasi Tumpas 24/2022. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...